Monday, August 15, 2011

Qurbin Nawafil

1.  Diriwayatkan dari Aisyah RA :
Rasul saw pernah sembahyang hingga bengkak kaki beliau; Saidatina Aisha berkata 'Ya Rasullah bukankah Allah sudah mengampunkan dosa2 yang lalu dan yang  akan datang. Mengapakah perlu sembahyang sedemikian?'
Rasul saw menjawab 'Salahkah saorang menghamba berterima kasih kepada Tuan nya ?'

Nota: Kita ada 365 hari dalam sa-tahun, cukupkah kita hendak khususkan satu2 hari waktu  untuk berterima kasih kapada Allah ? Cukupkah kita hendak khususkan 10 malam ganjil Ramadhan terakhir, bermaksud hanya 5 malam dalam 365 malam untuk berterima kasih kapada Allah ?  Cuba fikirkan ini.

2. Rasullah bersabda yg bermaksud : Diberi perasaan minat/cinta di dalam hatiku terhadap dunia kamu itu tiga perkara :

1) Wangi-wangian/Atar.  2) Perempuan.  3)  Ketetapan hati di dalam sembahyang/solat
Nota: Tidakkah kamu mahu hidupkan cinta kita pada solat saperti cinta Nabi pada solat ?

3. Dari hadith Qudsi: “Tidak seorangpun hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai, melainkan dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. HambaKu adalah orang yang selalu mengerjakan ibadah-ibadah nawafil (amalan-amalan sunnah) sehingga Aku mencintainya. Ketika Aku telah mencintainya, maka Akulah yang akan menjadi telinga yang dia gunakan untuk mendengar, mata yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memukul, kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku, pasti Aku berikan, dan jika dia minta perlindungan-Ku, pasti Aku lindungi.”

Nota: Untuk hendak mendapatkan cinta Allah bukan hanya melalui perkara2 yang wajib sahaja. Sebaliknya perkara2 yang sunnat itulah yang dapat membantu kita untuk di cintai olih  Allah.

4. Dari hadith Qudsi: “Jika hambaKu mendekati dengan jarak satu tangan, Aku akan  mendekati  dia dengan satulengan, jika hambaKu datang dengan berjalan, Aku akan mendatangi dia dengan berlari."

Nota: Saorang itu paling dekat dengan Allah semasa dalam sujud. Tidakkah kita mahu selalu  dekat dengan Allah dengan banyak bersujud. Saperti apa yang kita lakukan semasa qiyamulail.

5. Bulan Ramadhan adalah bulan mulia. Dimana pahala solat sunnat sama saperti solat wajib.  
Nota: Tidak kah kita mahu menambahkan amalan/pahala dalam bulan mulia ini.

No comments:

Post a Comment